8 warna untuk panduan dalam menyusun pola pemakanan.
1 Merah Terang
Tomato dan tembikai antara jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai warna ini.Warna merah menandakan makanan ini mengandungi likopen iaitu zat yang berperanan untuk memelihara kesihatan sel serta mampu mengurangkan risiko kanser.Sebagai contoh, tomato mengandungi likopen dan vitamin C iaitu antioksidan yang meminimumkan risiko kanser(terutama kanser pankreas) serta mencegah radang usus.Selain itu,tomato mencegah penyakit jantung dan memelihara tekanan darah.Bukan itu sahaja,vitamin lain seperti A dan C juga mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga gusi dan meningkatkan imunisasi tubuh.
2 Merah Gelap
Buah sitrus seperti limau gedang merah dengan isi buah berwarna merah ini mengandungi antioksidan yang berfungsi mempertahankan kesihatan, memperbaiki fungsi memori, melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligamen daripada sebarang kerosakan.Selain itu, pigmen merah dalam buah ini mengurangi risiko kanser dengan cara mencegah kerosakan jaringan.Buah ini juga dikatakan boleh memperbaiki fungsi saluran kencing.Antara buah lain yang berwarna merah dan boleh membantu adalah buah kranberi,raspberi,ceri,kacang merah dan buah delima.
3 Jingga Terang
Lobak merah dan mangga antara makanan di dalam kelompok ini.Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna jingga menandakan kaya dengan kandungan alfa dan beta kerotenoid di dalamnya yang mengandungi komponen antikanser dan antioksidan.Makanan ini juga boleh membantu memperbaiki daya penglihatan dan kesihatan jantung.Cuba ambil paling tidak dua hingga tiga biji makanan berwarna jingga setiap hari dan jauhi jus buah-buahan yang kaya kalori.
4 Kuning Terang.
Makanan yang berwarna kuning diketahui mengandungi vitamin C yang baik untuk melindungi sel tubuh.Limau dan betik mengandugi banyak vitamin C dan beta cryptoxanthin, iaitu salah satu komponen kerotenoid.Dengan kandungan vitaminb C dan kerotenoid di dalam buah betik, ia dapat mempertahankan tekanan darah kamu dalam keadaan normal.Sayuran dan buahan berwarna kuning banyak mengandungi fitokimia karotenoid dan lavonoid (vitamin dan mineral dalam makanan yang berfungsi mengurangi kesan kerengsaaan pada kulit kulit) yang mempunyai komponen antikanser dan antioksidan.Terdapat sejenis enzim yang membantu menambah kepantasan reaksi di dalam tubuh.Betik juga membantu mencerna daging dan tepung sehingga melancarkan sistem pencernaan kamu, serta membantu memelihara daya tahan tubuh.Makanan berwarna kuning ini juga bertindak dalam memperbaiki daya penglihatan dan memelihara kesihatan jantung.Cuba ambil 3 sajian makanan begini setiap hari.
5 Hijau Gelap
Warna hijau pada sayuran menandakan kandungan sulforaphane,isothiocyanate dan indoles yang menurut Heber, ia dapat merangsang hati untuk membuat komponen yang dapat memecah unsur kimia penyebab kanser.Klorofil yang terkandung di dalam tanaman hijau mempunyai komponen antikanser dan komponen yang berfungsi untuk proses ditokfikasi tubuh.Buah dan sayuran hijau kaya dengan zat lutein, yang kaya dengan antioksidan didalamnya.Selain itu, sayuran hijau kaya kerotenoid, vitamin serta mineral yang berfungsi meredakan peradangan secara semulajadi.Sayuran seperti brokoli dapat meningkatkan imunisasi serta pembentukan sel dalam tubuh melalui kandungan asid foliknya yang sememangnya bermanfaat melawan kanser terutamanya kanser payudara.Brokoli juga kaya dengan chromium yang boleh membantu mengatur insulin dan gula dalam darah selain mencegah penyakit jantung.Selain itu,banyak makanan hijau yang mengandungi kalsium yang membantu membentuk tulang dan gigi yang kuat, mencegah osteoporosis serta mampu memperbaiki daya penglihatan.Ambil sekurang-kurangnya satu sajian sayuran seperti brokoli,kobis,sawi,bayam,kobis Brussels dan sebagainya setiap hari.
6 Putih Kehijauan
Makanan berwarna putih banyak mengandngi flavonoid yang dapat melindungi membran sel. contoh makanan berwarna ini adalah seperti bawang putih, bawang bombay,seleri dan buah pir.kandungan alecin dan aluminium di dalam bawang putih dipercayai dapat membunuh parasit ,bakteria dan virus.mengambil bawang putih secara teratur dapat menghalang arteri daripda tersumbat, meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta mengawal tekanan darah.selain itu,ia dapat menurunkan kadar kolestrol,mengandungi zat anti kanser serta dapat membantu menyembuhkan radang otak,sakit pada sendi serta menambah tenaga.
7.Biru Gelap
Makanan dengan warna ini mengandungi anthocyanin dan fenolatia iaitu dua jenis fitokimia kuat yang dikatakan bermanfaat sebagai anti penuaan.Buah dan sayuran berwarna biru gelap kaya dengan antioksidan. Makanan berwarna biru boleh melindungi pembuluh darah,tulang rawan,tendon serta ligamen daripada sebarang kerosakan.Selain itu,makanan ini juga boleh mengurangi risiko kanser dengan mencegah kerosakan jaringan. Makanan ini juga boleh memperbaiki fungsi memori dan kesihatan saluran kencing.Buah seperti bei biru dan anggur adalah contoh makanan dalam kategori ini.
8.Ungu Gelap
Makanan berwarna nila dan ungu mengandungi antioksidan.Makanan berwarna biru gelap dan nila mengurangi stress oksidatif iaitu salah satu penyebab utama penuaan.Selain itu,makanan ini juga kaya resvaratol yang diyakini dapat mengurangi risio penyakit jantung dan kanser.Makanan seperti terung dan buah plum amat disarankan oleh Braverman.
Pigmen warna didalam buah-buahan dan sayuran dikenali sebagai karotenoid,sebatian berwarna-warni yang wujud secara semula jadi dan ada banyak pada tumbuh-tumbuhan.Karetenoid bertindak membantu fotosintesis-menukar cahaya matahari menjadi tenaga dan bertindak sebagai antioksidan untuk melindunginya daripada kesan foto oksidan yang membinasakan.Haiwan juga menggunakan karotenoid untuk perwarnaan terutamanya burung (bulu merah dan kuning) dan ikan (ikan emas dan salmon). Justeru ayuh kita amalkan makanan berwarna mulai hari ini.
Bayu Astiqa Spa
Jumaat, 8 Ogos 2014
Isnin, 4 Ogos 2014
Selasa, 15 Julai 2014
Facial treatment di Bayu Astiqa Spa Jerantut
HANYA RM65
![]() |
WAJAH SEBELUM RAWATAN |
![]() |
WAJAH SELEPAS RAWATAN |
Apakah kelebihan facial treatment whitening di Bayu Astiqa Spa.Rawatan whitening yang kami lakukan adalah dengan cara merawat kotoran yang melekat pada kulit yang menyebabkan liang pori tersumbat.Liang pori yang tersumbat akibat penggunaan alat solek yang kerap dan juga udara yang tercemar akibat asap kenderaan boleh menyebabkan kulit muka kusam dan tidak bermaya.Jadi dalam rawatan ini,kami akan menggunakan mesin yang boleh menyedut keluar sisa kotoran pada kulit.Hasilnya kulit akan nampak bersih.Kami akan menggunakan produk yang berasaskan tumbuh-tumbuhan agar kulit tidak mengalami chemical sunburn.Hasil selepas rawatan kulit pelanggan akan lebih cerah,lembab,lembut serta tekstur kulit semakin halus.Untuk mencuba,sila kunjungi kami dan like page kami untuk dapat lebih diskaun menarik,hanya di Bayu Astiqa Spa.
Ahad, 13 Julai 2014
Rabu, 2 Julai 2014
PROMOSI FACIAL DI BAYU ASTIQA SPA JERANTUT
PROMOSI RAYA DAPATKAN SEGERA!!!!!!
DI Bayu Astiqa Spa
JULAI INI....2014
VITAMIN C TREATMENT RM 60
-Mencerahkan kulit.
-Melembutkan kulit.
-Menegangkan kulit.
-Memudarkan parut.
-Memudarkan jeragat.
-Menyihatkan kulit.
DETOX FACIAL TREATMENT RM70
-Mengeluarkan toksin dari dalam kulit wajah.
-Terapi kulit.
-Merawat Surn burn atau chemical surn burn.
-Merawat jerawat.
-Melicinkan kulit.
-Mengatasi masalah kulit kusam.
-Merawat masalah kulit akibat penggunaan bahan kimia.
kunjungi kami di:Bayu Astiqa Spa.
atau hubungi talian:09-2661862/013-9097500/012-9662898.
DI Bayu Astiqa Spa
JULAI INI....2014
VITAMIN C TREATMENT RM 60
-Mencerahkan kulit.
-Melembutkan kulit.
-Menegangkan kulit.
-Memudarkan parut.
-Memudarkan jeragat.
-Menyihatkan kulit.
DETOX FACIAL TREATMENT RM70
-Mengeluarkan toksin dari dalam kulit wajah.
-Terapi kulit.
-Merawat Surn burn atau chemical surn burn.
-Merawat jerawat.
-Melicinkan kulit.
-Mengatasi masalah kulit kusam.
-Merawat masalah kulit akibat penggunaan bahan kimia.
kunjungi kami di:Bayu Astiqa Spa.
atau hubungi talian:09-2661862/013-9097500/012-9662898.
Langgan:
Catatan (Atom)