Isnin, 3 Februari 2014

Pernahkah anda terfikir mengapa jerawat lambat sembuh dan berulang-ulang.


Pernah anda terfikir mengapa jerawat anda lambat sembuh dan berulang-ulang.
Jom kita lihat.

1. ALAHAN KEPADA MAKANAN

Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng,pedas,kopi,
coklat dan makanan laut yang boleh memburukkan keadaan kulit
yang berjerawat.
 Kuantiti air yang tidak mencukupi tidak dapat membuatkan badan
untuk mengalirkan toksin.
Oleh yang demikian,toksin dalam badan akan kekal lama dan menyebabkan
jerawat bertambah teruk.
 Dinasihati supaya makan lebih banyak buah-buahan segar,sayuran dan 
minum air yang mencukupi supaya mempercepatkan aliran toxin dari badan.

2.TIDUR.

Pemulihan sel-sel dalam sistem badan tidak berfungsi dengan baik kerana kurangnya
tidur. Anda harus tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.Jam 12 mlm-3 pagi
merupakan masa sistem badan sedang menjalankan tugas.

3. SEMBELIT

Sembelit membuatkan toksin kekal lebih lama di dalam badan menyebabkan
peredaran darah tidak lancar. Toksin yang berlebihan akan tersekat dan akan 
dikeluarkan naik pergi melalui kulit wajah.Timbulnya jerawat dan lambat 
untuk sembuh selagi masalah sembelit ini tidak diselesaikan.

4. PEMILIHAN PRODUK YANG SALAH.

 Pemilihan produk yang kuat bahan didalamnya membuatkan masalah jerawat
akan jadi lebih teruk. Selain itu sering bertukar memakai produk juga menjadi
punca jerawat tidak dapat dirawat dengan baik.

5. BAKTERIA.

Menyentuh dan memicit jerawat mengundang masalah lebih besar.Jerawat 
akan lebih banyak membiak kerana jangkitan bakteria pada jari..Selain itu parut hitam juga akan terjadi jika sering menyentuh jerawat
dengan jari.



6. HORMON TIDAK SEIMBANG.

 Masalah hormon yang tidak seimbang menyebabkan punca jerawat tumbuh 
dengan lebih banyak dan lambat untuk sembuh. Ini kerana Kelenjar sebaceous
mengeluarkan banyak sebum sehingga liang roma tersumbat . Dan terus dikeluarkan
sehingga jerawat bertambah banyak dan menjadi bengkak dan merebak.

7.PENJAGAAN MUKA YANG TIDAK BERTERUSAN.

 Tidak berdisplin untuk menjaga asas kebersihan kulit muka seperti memakai cleanser,
toner,moisturiser,mask dan sun protector.
Muka juga sering terdedah dengan udara yang kotor dan cahaya matahari tanpa perlindungan,seperti asap kereta.

8.HATI BERTOKSIN.

Hati yang bertoksin penyebab jerawat tidak pernah sembuh. Perlu ambil ubat dalaman
untuk membersihkan hati. Jerawat berpunca juga dari dalam badan kita.
 Darah yang kotor adalah salah satu puncanya. Sebab itulah ramai yang kini
sedar betapa pentingnya mendermakan darah dan berbekam.

9.KUNJUNGAN KE SALUN SECARA BERKALA

 Tidak cukup dengan memakai produk,wajah yang berjerawat juga perlu merujuk 
kepada pakar kulit.
Melakukan facial Treatment @ rawatan muka 2x sebulan supaya jerawat
cepat sembuh.

Anda boleh dapatkan set pemulihan jerawat dan parut, untuk mengatasi masalah 
jerawat.Namun,langkah-langkah pencegahan juga harus anda ambil untuk mengelakkan jerawat berulang.

Tiada ulasan: