Apabila korang berhasrat untuk membeli kasut,pastikan korang mengikut garis panduan berikut eh untuk mengelakkan tekanan pada kaki.
- Masa paling sesuai dan terbaik untuk membeli kasut adalah pada waktu tengah hari, kerana waktu ni kaki korang tengah mengembang.
- Nak tau tak?Sebelah kaki kita adalah lebih besar.Jadi, belilah kasut yang selesa untuk kaki yang lebih besar.
- Bahagian depan kasut juga mestilah selesa dan pastikan hujung jari korang dapat di gerakkan.
- Satu lagi, korang jangan selalu fikir dan berharap kasut tu akan mengembang.Jangan beli kasut yang terlalu ketat.
- Pastikan tumit kaki kasut selesa, dan elakkan tekanan pada kaki,kerana tekanan yang berlebihan pada tumit kaki boleh menyebabkan tumit kaki korang akan mengeras dan pecah.
- Puratanya, seorang manusia akan berjalan bersamaan empat kali pusingan dunia seumur hidupnya.Wah mesti terkejut.Tapi inilah kenyataanya.
- Kaki manusia juga secara biologinya terdiri daripada 26 tulang, 33 sendi, serta lebih daripada 100 urat, otot, dan ligamen.
- Anggota yang paling kerap di abaikan pada tubuh kita adalah bahagian kaki.
- 90% manusia menggunakan kasut yang tidak bersesuain dengan bentuk,saiz serta keadaan kaki.Ia boleh menimbulkan masalah serius kepada kaki.
- Periksa kaki korang ye setiap hari terutamanya selepas mandi.
- Lapor segera kepada doktor sekiranya terdapat tanda tanda seperti rekahan pada kulit,luka,calar,melepuh,kudis,bisul,bengkak,perubahan warna,sakit atau kebas yang berpanjangan.
- Cuci kaki korang setiap hari dengan sabun dan air suam.Jangan guna air panas tau,melepuh pulak kaki tu nanti.
- Seterusnya, lap dan keringkan kaki terutamanya di celah celah jari.Guna tuala yang lembut untuk lap dan jangan gosok.Lap lembut lembut je.
- Pastikan kulit kaki sentiasa lembab dengan menggunakan krim atau losyen terutamanya pada bahagian tumit kaki.Elakkan sapu losyen di celah celah jari.
- Penting nih..Jika kulit kaki korang tercedera atau luka, bersihkan dengan sabun dan air.Jika luka lambah sembuh dan ada tanda- tanda jangkitan kuman seperti bengkak,sakit,panas pada sentuhan, sila jumpa doktor dengan kadar yang segera ye.
Potong kuku korang secara lurus pada jari kaki,elak potong secara membulat untuk mengelakkan isi tumbuh di tepi kuku.Pastikan pengetip kuku bersih dan tajam.
Kikirkan kuku korang untuk mengelakkan tepi kuku yang tajam.
Jika kaki korang berpeluh dan lembab, pastikan kering sebelum memakai sarung kaki dan kasut.
Pakai pelapik kasut (insole) untuk mengelakkan tekanan pada jari kaki atau tumit korang.
Dan juga dapatkanlah pemeriksaan doktor setiap kali korang ke hospital andainya terdapat keabnormalan atau kelainan pada bahagian kaki korang tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan