Dapatkan Tubuh Idaman
"Alamak!! Naik lagi..pakaian pun banyak dah ketat.Padahal aku dah berdiet ni..."
Menurut Journal of the American Dietetic Association, kebanyakan wanita cuba melewatkan waktu makan dan mengambil pelbagai jenis ubat pelangsing untuk menguruskan badan.Diet ini boleh menyebabkan anda kekurangan kalsium dan zat besi serta mudah terkena serangan penyakit.
Apa sebabnya?
Menurut Sheknows.com,terdapat beberapa kesalahan diet yang anda lakukan tanpa anda sedari.Mungkin anda juga sedar akan penyebabnya.
1.MELAMBATKAN WAKTU MAKAN.
KALORI
Kalori atau kalori kecil adalah unit standard untuk mengukur haba.
Setiap makanan mempunyai nilai kalori yang khusus iaitu amaun makanan akan menghasilkan jumlah kalori yang tertentu apabila dibakar atau apabila dimetabolismakan didalam tubuh.
Berikut adalah pertukaran sumber tenaga kepada nilai kalori mengikut jumlah gram yang sama.
1g protein=4kcal
1g lemak=9kcal
1g karbohidrat=4kcal
1g Alkohol=7 kcal
TENAGA
Tenaga merupakan keupayaan untuk bekerja atau menghasilkan perubahan jisim.Apabila perkataan ini digunakan dalam aspek pemakanan,ia dikaitkan dengan tenaga kimia yang terdapat dalam makanan tersebut akibat kewujudan ikatan kimia dalam nutrien.
Sumber tenaga ialah;Karbohidrat,alkohol,lemak dan protein dan seterusnya akan ditukar kepada glukosa/asid-asid lemak atau asid asid amino sebelum larut dalam sel.
Didalam sel,nutrien bertindak dengan oksigen dan membentuk karbon dioksida dan air.
KAWAL PENGAMBILAN KEKACANG
Kacang agak berbahaya pada diet korang ye,terutama jika ia disediakan di dalam bekas yang besar.Lebih besar mangkuk yang berisi kekacang itu,lebih banyaklah yang korang makan.Jadi, tak payah lah sediakan mangkuk...makan sikit je tau.Demikian menurut penyelidik dari Cornell University.
Walaupun kekacang mempunyai lemak yang baik untuk jantung,namun ianya juga tinggi kalori.
Segenggam kekacang panggang (1 aun )mengandungi 175 kalori dan tiga genggam pula mengandungi 525 kalori...Grrrrr..
Korang peminat kacang ke??Kalau suka sangat makan kacang, makanlah kacang pistachios, kerana dua genggam mengandungi 159 kalori sahaja.Bahkan ianya turut memperlahankan keinginan untuk mengunyah.
DIET MENGIKUT JENIS DARAH
- Darah A: Ambil makanan mengandungi lektin.Kawal pengambilan ikan dan ayam.Begitu juga dengan Yogurt,telur dan keju.Banyakkan makan buah dan sayuran segar.
- Darah B: Ambil sumber daging lebih banyak dan sayuran hijau yang kaya dengan magnesium,produk susu,telur,belimbing,minyak zaitun dan beras merah.
- Darah AB: Tingkatkan makanan laut,telur,susu,minyak zaitun,kacang tanah,sayuran dan buah.
DIET RENDAH KALORI RAHSIA AWET MUDA
Tahukah korang bahawa pengambilan makanan rendah kalori dalam pola makanan setiap hari menjadikan seseorang itu awet muda.Ia mampu melambatkan proses penuaan dan menurunkan paras insulin dan suhu tubuh.Membataskan jumlah kalori yang di cerna oleh tubuh mempengaruhi proses metabolisme dan kepekaan terhadap insulin seterusnya menjaga berat badan pada skala yang sihat.
Jadi..sebelum korang membeli makanan di pasaraya contohnya,lihat maklumat pemakanan pada plastik pembungkus,di situ ada tertulis berapa jumlah kalori,tenaga atau vitamin dalam makanan tersebut.Pilihlah makanan yang sihat untuk kekal sihat ye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan