Ahad, 22 Disember 2013

RAMBUT GUGUR DAN KULIT KEPALA LUKA SERTA BERKUPING

Untuk pengetahuan anda, rawatan rebonding,perming dan mewarnakan rambut memang meninggalkan kesan buruk terhadap kulit kepala.
Cuci rambut setiap hari dengan syampu yang sesuai dengan kulit kepala kering dan sensitif.Apabila kulit kepala bersih, masalah kulit kepala luka dan berkuping akan berkurangan.
Anda juga boleh membuat rawatan khas untuk melembab dan memperbaiki kulit kepala seperti memakai masker dan sebagainya.Jangan menggarunya apabila terasa gatal kerana ini akan menyebabkan kulit kepala luka dan berdarah.
Sementara itu, bakteria pada luka pun senang merebak.Pemakanan manis, produk tenusu,pedas dan bergoreng perlu di elakkan.

Tiada ulasan: