Selasa, 24 Disember 2013

APAKAH JENIS KULIT SAYA?

Adakah anda tahu apakah jenis kulit anda?
Seringkali kita rungsing memikirkan apakah produk yang sesuai untuk kulit wajah kita.Adakah anda tahu,setiap dari kita mempunyai jenis kulit yang berbeza masalah dan struktur pori yang berbeza?
Sebenarnya, untuk mendapat kulit yang baik dan sihat, anda terlebih dahulu patut mengenali masalah ataupun jenis kulit anda dan apakah makanan tambahan yang sesuai untuk anda.Setiap dari kita memerlukan kandungan vitamin apa yang perlu dilebihkan,ini bergantung kepada keperluan tubuh.
Sebelum itu,mari kita kenali apakah jenis kulit wajah kita,dan apakah jenis produk yang sesuai untuk kulit anda.

KULIT NORMAL:

Untuk kulit normal,anda memiliki struktur pori yang hampir tidak kelihatan, halus dan lembut.Tidak mempunyai masalah jerawat.
Make-up yang dipakai juga akan kekal lebih lama.Kulit wajah seperti ini, memang tidak mempunyai sebarang masalah.
Dan bagi mereka yang mempunyai kulit wajah seperti ini, anda di galakkan menggunakan pencuci muka sejenis cream dan tidak berbuih.Hal ini kerana,penggunaan pencuci muka yang berbuih akan menyebabkan muka anda sedikit kering.

KULIT BERMINYAK

Untuk kulit berminyak, anda memiliki struktur kulit yang agak kasar.Liang pori agak besar dan jelas kelihatan.Kebiasaanya, orang memiliki jerawat, biasanya kulit mereka adalah dari jenis yang berminyak.Apabila menggunakan make-up,ianya tidak dapat bertahan lama.Make-up akan cepat cair dan muka akan lebih berminyak.
Untuk mengatasi masalah ini anda harus pandai memilih produk muka, terutama pencuci muka.Gunala pencuci muka dari jenis yang berbuih dan berbentuk gel adalah yang terbaik.Hal ini kerana pencuci yang sebegini boleh mencuci muka anda secara lebih dalam.

KULIT KERING

Jenis kulit kering biasanya,akan mudah menggelupas, tidak sekata dan garis senyum lebih kelihatan.Bagi yang memiliki kulit jenis ini, wajag lebih mudah berkedut dan riak wajah akan nampak lebih tua berbanding usia.Pada lingkaran tepi mata juga akan nampak sedikit kedutan.Bagi penggunaan make-up, jenis kulit ini susah untuk mendapatkan make-up yang lebih sekata.Bedak akan nampak lebih bertompok-tompok dan tidak sekata.
Untuk mendapatkan wajah yang lebih lembab, anda harusla menggunakan pencuci muka yang mengandungi lebih lembapan, iaitu berbentuk cream.

KULIT KOMBINASI

Bagi masalah kulit kombinasi anda memiliki wajah yang mengandungi 2@3 keadaan.Sama ada,kering atau normal pada sebahagian tempat,dan berminyak pada T zone, iaitu disekitar hidung,dan dahi.Bagi jenis masalah ini anda haruslah menggunakan pencuci muka jenis berbuih dan berbentu gel, tetapi anda wajib juga mengambil hydrating atau pelembab untuk mengimbangi kulit anda.

Bagi yang tidak begitu jelas, anda boleh bertanya sendiri kepada saya, atau terus datang ke Bayu Astiqa Spa, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kulit anda.Anda juga akan didedahkan apakah jenis produk yang sesuai untuk kulit anda.Selain itu,
Kami juga akan memberi nasihat tentang kulit secara percuma.

Tiada ulasan: