Baca ni ye, saya kongsikan sedikit info untuk perkongsian bersama.
Tahukah korang semua, bahawa satu per empat bahagian pada tubuh manusia adalah pada sebahagian kaki.Kaki merupakan asas serta sokongan yang utama terhadap kestabilan badan.
Sekiranya korang mengalami kesakitan pada pergelangan kaki,lutut,belakang atau bahu atau juga kadangkala ketegangan, ia mungkin di sebabkan keadaan kaki yang tidak selesa atau tidak sihat.
Why??Why?
Sebabnya yang utama adalah, fenomena hari ini yang lebih mementingkan rekaan kasut yang lebih kepada nilai komersial tanpa mengira keselesaan pada kaki.Kasut tumit tinggi sebenarnya tidak mempunyai sokongan'orthotic' untuk satu jangka masa yang lama akan menyebabkan melecet, tumit pecah, kulit kaki menebal dan sebagainya.
Jadi,
Banyakkanlah kasut yang bertumit rendah dan selesa di pakai.Walaubagaimanapun, jika teringin nak pakai kasut yang bertumit tinggi, terutamanya ketika majlis majlis tertentu, korang di galakkan cepat-cepat mencari tempat duduk, agar tidak perlu berdiri terlalu lama ok.
Banyak lebar bercerita, sebenarnya inilah baru alasanya kenapa perlu lakukan rendaman kaki,hehe.
Selalu perasan tak??
Terutamanya di kalangan wanita.
"Sindrom Sejuk Badan"
Siang hari pun berselimut.Atau pun tidak tahan duduk di dalam kawasan yang berhawa dingin.Fenomenanya sejuk kaki atau sejuk dari bahagian pinggang ke bawah.
Secara umumnya,suhu badan kita adalah separuh daripada bahagian atas badan kita adalah lebih hangat daripada separuh bahagian bawah.Di bahagian tengah pula sekitar jantung ialah pada suhu 37'C (98.6'F).
Keadaan terbaik bagi badan seseorang manusia ialah apabila kepala sejuk dan kaki panas.
Oleh itu, rendaman kaki adalah penting untuk memastikan kepanasan tersebut.Ini menjadikan darah yang tersumbat di bahagian tumit kaki yang di sebabkan "Sindrom Sejuk Badan" akan beredar semula.
Ia akan meningkatkan peredaran darah melalui organ organ dan akan memperbaiki fungsi mereka serta membantu mengeluarkan toksin dari dalam badan korang tu.
Jadi itulah pentingnya mengapa kita harus melakukan rawatan rendaman kaki.Lakukan sendiri di rumah pun boleh.
Atau pun kalau rasa malas boleh la melabur kan duit korang tu ke pusat rawatan spa berhampiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan