Selasa, 11 Februari 2014

CARA MELAKUKAN RAWATAN KAKI

1. Masukkan 1 paket herba ke dalam 15-20 liter air panas 40'C-42'C(lebih kurang 104'F ke 108'F-air suam) dan letak didalam bekas rendaman yang tahan panas.

2.Selepas di kacau dan telah sebati, masukkan kaki anda.Untuk memastikan kepanasan berterusan tambahkan air panas dan minyak aroma.

3.Pada umumnya kita hanya perlu merendam selama antara 20-30 minit sahaja.Kaki anda akan bertukar kepada jingga atau merah disebabkan peningkatan suhu pada seluruh tubuh.Anda boleh berhenti apabila peluh mulai keluar daripada setiap ketiak dan dahi.

4.Selesai rendaman,keringkan kaki dan pakai stokin untuk memastikan kepanasan tersebut tidak hilang.Anda juga boleh mengurut-urut kaki untuk kesan tambahan.

Tips Penjagaan Kaki

  • Basuh kaki korang sentiasa, terutamanya dibahagian jari-jari kaki.Pastikan ia dikeringkan dengan sempurna.
  • Gunakan sabun yang lembut atau mempunyai pelembab, atau sapukan pelembab setelah kaki dikeringkan.
  • Potong kuku kaki dengan sempurna, tetapi jangan terlalu pendek ye,dan jangan potong bahagian sudut kuku kerana boleh menghalang pertumbuhan kuku kaki korang tu.
  • Pastikan pengaliran darah pada bahagian kaki sempurna.Angkat kaki ke atas serta luruskan kaki apabila perlu duduk lama.Berjalan lah sekali sekala untuk melancarkan aliran darah.
  • Akhir sekali pilih kasut yang sesuai.
Bagaimana memilih kasut yang sesuai?
Mari kita tengok tips tipsnya di Bagaimana memilih kasut yang sesuai untuk kaki.

Tiada ulasan: