JOM KURUS BERSAMA SAYA
![]() |
Tambah kapsyen |
Untuk mendapatkan berat badan yang ideal,pengetahuan tentang maklumat pemakanan dan gaya pemakanan yang di ambil setiap hari adalah penting.Ini bagi memastikan jumlah kalori yang diambil cukup bagi keperluan tubuh,dan bukan di ambil secara berlebihan atau terlalu kurang.
Selain itu anda juga perlu mengamalkan senaman secara konsisten,bagi memastikan pembakaran kalori dapat dilakukan secara konsisten dan seterusnya dapat mengurangkan jumlah berat badan anda.
Dalam program ini,pihak kami akan memberi bimbingan dari segi pemakanan,bersenam bersama anda seperti di gimnasium,kardio ke bukit,latihan aerobik,rawatan tambahan seperti terapi untuk mengecilkan bahagian-bahagian lemak yang degil seperti di punggung,lengan,perut dan betis.Selain itu,para peserta program akan di ajar bagaimana untuk membaca label dalam pemakanan di pasaran.Perkara ini bagi membantu peserta dan keluarga dapat memahami ilmu pemakanan yang baik untuk kesihatan dan keseimbangan berat badan sepanjang hidup mereka.
Kelebihan program ini juga para peserta akan di ajar cara pengurusan stress melalui latihan meditasi.
Tekanan ditempat kerja atau dalam perhubungan, membuatkan sistem hormon dalam badan manusia tidak menentu dan boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan serta boleh mengundang pelbagai penyakit.Maka dari itu,pihak kami menganjurkan pelbagai latihan yoga & meditasi untuk membantu para peserta dapat menenangkan fikiran,disamping dapat memiliki bentuk tubuh yang menarik kesan daripada latihan yoga tersebut.
Mengapa anda perlu menyertai program ini?
1)Dapat memiliki berat badan yang ideal dan kulit yang sihat.
Latihan senaman dan pengurusan diet yang seimbang untuk keperluan tubuh membantu anda dapat memiliki berat badan yang ideal serta kulit yang cantik.Setiap dari anda memerlukan jumlah pemakanan yang berbeza mengikut jantina,berat,tinggi dan umur.
Melalui program ini,pihak kami mengatur pemakanan anda agar cukup dengan keperluan tubuh dan mengikut jenis darah.Keperluan dalam gizi tambahan mengikut jenis penyakit juga akan disusun, agar para peserta dapat mengawal penyakit yang sedia ada dari bertambah teruk dan membantu untuk lebih sihat melalui pemakanan dan cara hidup yang sihat.
2)Dapat mempelajari pelbagai teknik senaman.
Pelbagai latihan senaman untuk membakar kalori disusun untuk peserta yang obesiti agar proses penurunan berat badan menjadi lebik seronok tanpa tekanaan.Kegiatan secara berkumpulan,ersenam bersama di gimnasium,aktiviti luar seperti berjalan kaki di bukit,naik turun tangga di kawasan yang disediakan.Anda akan dilatih secara berterusan sehinggalah boleh bersenam sendiri dan memberi tunjuk ajar pada ahli keluarga lainya.
Anda juga dapat menikmati terapi untuk membakar lemak di pusat kecantikan kami Bayu Astiqa Spa.
Terapi yang disediakan termasuklah urutan badan,bersauna,bertungku,berbengkung untuk membantu proses penurunan berat badan yang cantik dan mantap tanpa menggelembir dan lembik akibat kehilangan lemak.
Terapi spa yang disediakan akan membuatkan para peserta akan berasa tenang dan lebih gembira kerana penyusunan program yang padat dan menggembirakan.
4)Jadual yang fleksibel.
Jadual peserta program disusun mengikut kerjaya mereka,agar tidak mengganggu aktiviti kerja.Contohnya jika mereka seorang guru,jadual senaman atau rawatan terapi akan dilakukan di luar waktu kerja mereka.
Jadi para peserta tidak perlu mengorbankan masa kerja sambil dapat menurunkan berat badan mereka.
5)Tanpa supplemen atauTanpa rawatan pembedahan.
Untuk kurus anda tidak perlu makan supplemen untuk kurus atau menjalani rawatan penyedutan lemak seperti liposuction.Kaedah rawatan sepertio ini,bukan sahaja menyakitkan tetapi juga boleh mengundang maut.Pil-pil kurus yang menyekat selera makan anda juga boleh menjejaskan sistem didalam badan dan boleh menyebabkan penyakit berbahaya untuk jangka masa panjang.
Oleh itu,kesedaran untuk membuka mata masyarakat tentang keseimbangan berat badan ini boleh dicapai hanya dengan pemakanan dan senaman yang seimbang membuatkan kami terpanggil untuk melakukan program ini.
6)Hidup lebih gembira dan bermakna.
Ketika anda menjalani programm ini,anda akan dapat merasakan hidup anda akan menjadi lebih bermakna.Jika sebelum ini hidup anda selalu negatif dan di bendung dengan pelbagai masalah, melalui aktiviti ini anda akan lebih ceria dan positif dengan aktiviti yang menceriakan hari anda.Disamping program pengurusan stress yang di aturkan.
Bagaimana untuk menyertai program ini?
Untuk menyertai program ini,sila hubungi kami di talian 09-2661862/013-9097500 atau singgah ke fb saya Hasmida Haswan.atau juga boleh like page Bayu Astiqa Spa.
Terima kasih.
Selamat datang keBayu Astiqa Spa,Jerantut.