Isnin, 17 Februari 2014

Tips perut ramping paling berkesan

Nak makan apa ye bagi perut ni ramping?
Soalan popular ketika ini kan?
Ha...ada tips untuk anda.

pertama:
Makan buah tomato setiap hari,bukan sahaja menjadikan kulit anda cantik,malah boleh mengempiskan perut dengan cepat.
Dalam masa seminggu perut anda akan nampak banyak perubahan,lebih kempis tau.
Lihat gambar tomato tu,pilih yang warna macam tu lebih sedap di makan,sebab tak terlalu lembik.

Kedua:
Banyakkan makan oat,kurangkan nasi.

ketiga:
Pastikan apa yang anda makan adalah makanan yang sebersih bersihnya.Maksudnya kurangkan makanan yang tidat berzat serta berlemak.
Cuba tau,pasti teruja dengan hasilnya.

Khamis, 13 Februari 2014

Wow hebatnya Kebaikan rendaman kaki.

Kenapa perlu buat rendaman kaki?Perlu ke?

Baca ni ye, saya kongsikan sedikit info untuk perkongsian bersama.

Tahukah korang semua, bahawa satu per empat bahagian pada tubuh manusia adalah pada sebahagian kaki.Kaki merupakan asas serta sokongan yang utama terhadap kestabilan badan.

Sekiranya korang mengalami kesakitan pada pergelangan kaki,lutut,belakang atau bahu atau juga kadangkala ketegangan, ia mungkin di sebabkan keadaan kaki yang tidak selesa atau tidak sihat.

Why??Why?
Sebabnya yang utama adalah, fenomena hari ini yang lebih  mementingkan rekaan kasut yang lebih kepada nilai komersial tanpa mengira keselesaan pada kaki.Kasut tumit tinggi sebenarnya tidak mempunyai sokongan'orthotic' untuk satu jangka masa yang lama akan menyebabkan melecet, tumit pecah, kulit kaki menebal dan sebagainya.

Jadi,

Banyakkanlah kasut yang bertumit rendah dan selesa di pakai.Walaubagaimanapun, jika teringin nak pakai kasut yang bertumit tinggi, terutamanya ketika majlis majlis tertentu, korang di galakkan cepat-cepat mencari tempat duduk, agar tidak perlu berdiri terlalu lama ok.

Banyak lebar bercerita, sebenarnya inilah baru alasanya kenapa perlu lakukan rendaman kaki,hehe.

Selalu perasan tak??

Terutamanya di kalangan wanita.

"Sindrom Sejuk Badan"

Siang hari pun berselimut.Atau pun tidak tahan duduk di dalam kawasan yang berhawa dingin.Fenomenanya sejuk kaki atau sejuk dari bahagian pinggang ke bawah.


Secara umumnya,suhu badan kita adalah separuh daripada bahagian atas badan kita adalah lebih hangat daripada separuh bahagian bawah.Di bahagian tengah pula sekitar jantung ialah pada suhu 37'C (98.6'F).
Keadaan terbaik bagi badan seseorang manusia ialah apabila kepala sejuk dan kaki panas.

Oleh itu, rendaman kaki adalah penting untuk memastikan kepanasan tersebut.Ini menjadikan darah yang tersumbat di bahagian tumit kaki yang di sebabkan "Sindrom Sejuk Badan" akan beredar semula.
Ia akan meningkatkan peredaran darah melalui organ organ dan akan memperbaiki fungsi mereka serta membantu mengeluarkan toksin dari dalam badan korang tu.
Jadi itulah pentingnya mengapa kita harus melakukan rawatan rendaman kaki.Lakukan sendiri di rumah pun boleh.
Atau pun kalau rasa malas boleh la melabur kan duit korang tu ke pusat rawatan spa berhampiran.



Selasa, 11 Februari 2014

CARA MELAKUKAN RAWATAN KAKI

1. Masukkan 1 paket herba ke dalam 15-20 liter air panas 40'C-42'C(lebih kurang 104'F ke 108'F-air suam) dan letak didalam bekas rendaman yang tahan panas.

2.Selepas di kacau dan telah sebati, masukkan kaki anda.Untuk memastikan kepanasan berterusan tambahkan air panas dan minyak aroma.

3.Pada umumnya kita hanya perlu merendam selama antara 20-30 minit sahaja.Kaki anda akan bertukar kepada jingga atau merah disebabkan peningkatan suhu pada seluruh tubuh.Anda boleh berhenti apabila peluh mulai keluar daripada setiap ketiak dan dahi.

4.Selesai rendaman,keringkan kaki dan pakai stokin untuk memastikan kepanasan tersebut tidak hilang.Anda juga boleh mengurut-urut kaki untuk kesan tambahan.

Tips Penjagaan Kaki

  • Basuh kaki korang sentiasa, terutamanya dibahagian jari-jari kaki.Pastikan ia dikeringkan dengan sempurna.
  • Gunakan sabun yang lembut atau mempunyai pelembab, atau sapukan pelembab setelah kaki dikeringkan.
  • Potong kuku kaki dengan sempurna, tetapi jangan terlalu pendek ye,dan jangan potong bahagian sudut kuku kerana boleh menghalang pertumbuhan kuku kaki korang tu.
  • Pastikan pengaliran darah pada bahagian kaki sempurna.Angkat kaki ke atas serta luruskan kaki apabila perlu duduk lama.Berjalan lah sekali sekala untuk melancarkan aliran darah.
  • Akhir sekali pilih kasut yang sesuai.
Bagaimana memilih kasut yang sesuai?
Mari kita tengok tips tipsnya di Bagaimana memilih kasut yang sesuai untuk kaki.

Bagaimana memilih kasut yang sesuai untuk kaki.


Apabila korang berhasrat untuk membeli kasut,pastikan korang mengikut garis panduan berikut eh untuk mengelakkan tekanan pada kaki.
  1. Masa paling sesuai dan terbaik untuk membeli kasut adalah pada waktu tengah hari, kerana waktu ni kaki korang tengah mengembang.
  2. Nak tau tak?Sebelah kaki kita adalah lebih besar.Jadi, belilah kasut yang selesa untuk kaki yang lebih besar.
  3. Bahagian depan kasut juga mestilah selesa dan pastikan hujung jari korang dapat di gerakkan.
  4. Satu lagi, korang jangan selalu fikir dan berharap kasut tu akan mengembang.Jangan beli kasut yang terlalu ketat.
  5. Pastikan tumit kaki kasut selesa, dan elakkan tekanan pada kaki,kerana tekanan yang berlebihan pada tumit kaki boleh menyebabkan tumit kaki korang akan mengeras dan pecah.
FAKTA MENARIK

  • Puratanya, seorang manusia akan berjalan bersamaan empat kali pusingan dunia seumur hidupnya.Wah mesti terkejut.Tapi inilah kenyataanya.
  • Kaki manusia juga  secara biologinya terdiri daripada 26 tulang, 33 sendi, serta lebih daripada 100 urat, otot, dan ligamen.
  • Anggota yang paling kerap di abaikan pada tubuh kita adalah bahagian kaki.
  • 90% manusia menggunakan kasut yang tidak bersesuain dengan bentuk,saiz serta keadaan kaki.Ia boleh menimbulkan masalah serius kepada kaki.
Langkah-langkah yang perlu korang ambil untuk penjagaan kaki.

  • Periksa kaki korang ye setiap hari terutamanya selepas mandi.
  • Lapor segera kepada doktor sekiranya terdapat tanda tanda seperti rekahan pada kulit,luka,calar,melepuh,kudis,bisul,bengkak,perubahan warna,sakit atau kebas yang berpanjangan.
  • Cuci kaki korang setiap hari dengan sabun dan air suam.Jangan guna air panas tau,melepuh pulak kaki tu nanti.
  • Seterusnya, lap dan keringkan kaki terutamanya di celah celah jari.Guna tuala yang lembut untuk lap dan jangan gosok.Lap lembut lembut je.
  • Pastikan kulit kaki sentiasa lembab dengan menggunakan krim atau losyen terutamanya pada bahagian tumit kaki.Elakkan sapu losyen di celah celah jari.
  • Penting nih..Jika kulit kaki korang tercedera atau luka, bersihkan dengan sabun dan air.Jika luka lambah sembuh dan ada tanda- tanda jangkitan kuman seperti bengkak,sakit,panas pada sentuhan, sila jumpa doktor dengan kadar yang segera ye.
Tips kaki cantik

Potong kuku korang secara lurus pada jari kaki,elak potong secara membulat untuk mengelakkan isi tumbuh di tepi kuku.Pastikan pengetip kuku bersih dan tajam.

Kikirkan kuku korang untuk mengelakkan tepi kuku yang tajam.
Jika kaki korang berpeluh dan lembab, pastikan kering sebelum memakai sarung kaki dan kasut.

Pakai pelapik kasut (insole) untuk mengelakkan tekanan pada jari kaki atau tumit korang.

Dan juga dapatkanlah pemeriksaan doktor setiap kali korang ke hospital andainya terdapat keabnormalan atau kelainan pada bahagian kaki korang tu.


Isnin, 3 Februari 2014

Pernahkah anda terfikir mengapa jerawat lambat sembuh dan berulang-ulang.


Pernah anda terfikir mengapa jerawat anda lambat sembuh dan berulang-ulang.
Jom kita lihat.

1. ALAHAN KEPADA MAKANAN

Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng,pedas,kopi,
coklat dan makanan laut yang boleh memburukkan keadaan kulit
yang berjerawat.
 Kuantiti air yang tidak mencukupi tidak dapat membuatkan badan
untuk mengalirkan toksin.
Oleh yang demikian,toksin dalam badan akan kekal lama dan menyebabkan
jerawat bertambah teruk.
 Dinasihati supaya makan lebih banyak buah-buahan segar,sayuran dan 
minum air yang mencukupi supaya mempercepatkan aliran toxin dari badan.

2.TIDUR.

Pemulihan sel-sel dalam sistem badan tidak berfungsi dengan baik kerana kurangnya
tidur. Anda harus tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.Jam 12 mlm-3 pagi
merupakan masa sistem badan sedang menjalankan tugas.

3. SEMBELIT

Sembelit membuatkan toksin kekal lebih lama di dalam badan menyebabkan
peredaran darah tidak lancar. Toksin yang berlebihan akan tersekat dan akan 
dikeluarkan naik pergi melalui kulit wajah.Timbulnya jerawat dan lambat 
untuk sembuh selagi masalah sembelit ini tidak diselesaikan.

4. PEMILIHAN PRODUK YANG SALAH.

 Pemilihan produk yang kuat bahan didalamnya membuatkan masalah jerawat
akan jadi lebih teruk. Selain itu sering bertukar memakai produk juga menjadi
punca jerawat tidak dapat dirawat dengan baik.

5. BAKTERIA.

Menyentuh dan memicit jerawat mengundang masalah lebih besar.Jerawat 
akan lebih banyak membiak kerana jangkitan bakteria pada jari..Selain itu parut hitam juga akan terjadi jika sering menyentuh jerawat
dengan jari.



6. HORMON TIDAK SEIMBANG.

 Masalah hormon yang tidak seimbang menyebabkan punca jerawat tumbuh 
dengan lebih banyak dan lambat untuk sembuh. Ini kerana Kelenjar sebaceous
mengeluarkan banyak sebum sehingga liang roma tersumbat . Dan terus dikeluarkan
sehingga jerawat bertambah banyak dan menjadi bengkak dan merebak.

7.PENJAGAAN MUKA YANG TIDAK BERTERUSAN.

 Tidak berdisplin untuk menjaga asas kebersihan kulit muka seperti memakai cleanser,
toner,moisturiser,mask dan sun protector.
Muka juga sering terdedah dengan udara yang kotor dan cahaya matahari tanpa perlindungan,seperti asap kereta.

8.HATI BERTOKSIN.

Hati yang bertoksin penyebab jerawat tidak pernah sembuh. Perlu ambil ubat dalaman
untuk membersihkan hati. Jerawat berpunca juga dari dalam badan kita.
 Darah yang kotor adalah salah satu puncanya. Sebab itulah ramai yang kini
sedar betapa pentingnya mendermakan darah dan berbekam.

9.KUNJUNGAN KE SALUN SECARA BERKALA

 Tidak cukup dengan memakai produk,wajah yang berjerawat juga perlu merujuk 
kepada pakar kulit.
Melakukan facial Treatment @ rawatan muka 2x sebulan supaya jerawat
cepat sembuh.

Anda boleh dapatkan set pemulihan jerawat dan parut, untuk mengatasi masalah 
jerawat.Namun,langkah-langkah pencegahan juga harus anda ambil untuk mengelakkan jerawat berulang.