Mari kita semak apakah punca terjadinya lingkaran gelap tersebut dan tips-tips untuk mengatasinya.
- Keturunan.
Ada di antara kita yang memiliki kulit yang agak nipis di sekitar mata.Keadaan ini membuatkan bayang bayang hitam di bawah mata lebih jelas kelihatan.
Bagi mereka yang memiliki keadaan seperti ini,elakkan daripada tidur lambat,menggunakan komputer terlalu lama,membaca buku dalam keadaan yang kurang cahaya dan sebagainya.
2. Alergi.
Akibat mata yang gatal kerana alergi,orang akan cenderung menggosokkan mata,sehingga membuatkan darah memenuhi pembuluh darah di sekitar mata dan membuatkanya tampak hitam.Beberapa makanan alergi juga akan menyebabkan lingkaran hitam ini.Jadi di nasihatkan pencegahan terhadap makanan alergi dan tidak membiasakan diri dengan selalu menggosok mata.
3. Keletihan.
Kurang tidur atau keletihan dengan bekerja lebih masa atau menghadap komputer terlalu lama,akan menyebabkan mata bekerja dengan lebih dan mengakibatkan darah di sekitar mata akan lebih aktif dan seterusnya membuatkan darah pada pembuluh darah di sekitar mata akan lebih berkumpul dengan lebih banyak,dan hasilnya akan kelihatan seperti bayang-bayang hitam.Jadi cuba elak keadaan ini ye.
4. Usia.
Pertambahan usia akan menyebabkan kolagen kulit akan semakin berkurangan dan kulit semakin mengendur.
Untuk mendapatkan kulit yang lebih tegang boleh dapatkan perawatan perawatan yang banyak di sediakan atau perbanyakkan makanan-makanan yang berkhasiat.
5. Anemia.
Kekurangan zat besi merupakan perkara paling umum dari penghidap anemia.Anemia juga boleh menyebabkan bayang-bayang hitam di sekitar mata.Muka lebih pucat kerana kekurangan zat besi dan menyebabkan lingkaran di bawah mata lebih menonjol.
Makanlah lebih sumber zat besi atau makanan yang boleh menambahkan darah untuk mengatasi masalah ini.
Justeru untuk mengelakkan mata lebam korang lebih serius ikuti beberapa tips dari saya ya.
1.Banyakkan minum air kosong.
Minum air kosong boleh membuatkan badan dan wajah korang lebih segar,apatah lagi bagi yang aktif bersukan.
2.Makanan berkhasiat.
Makanlah makanan yang boleh menambah darah seperti bayam,kekacang,hati.Bagi yang kekurangan zat besi makanlah makanan seperti jagung,telor,kismis,yoghurt,ikan,roti gandum,kacang tanah,buah aprikot iaitu makanan yang kaya kandungan zat besinya.
3.Gunakan timun atau tomato.
Gunakan hirisan timun atau tomato pada mata untuk mengembalikan kesegaran pada mata.Sebelum tidur boleh buat ya.
4.Krim mata.
Korang juga boleh gunakan krim mata khas untuk lingkaran mataContohnya seperti Timewise Firming Eye Cream.Nak tahu lebih lanjut hubungi saya ya.
5.Rawatan mata.
Boleh berkunjung ke pusat kecantikan yang menyediakan rawatan untuk Eye treatment.Biasanya rawatan ini mampu memulihkan kesegaran mata dan sekaligus mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata.
Jum cuba Di Bayu Astiqa Spa ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan