Selasa, 18 Mac 2014

VITAMIN D

Vitamin D2 diperolehi daripada tumbuhan manakal Vitamin D3 dibentuk melalui sinaran matahari terhadap kulit.
Cahaya matahari menjadi faktor penting kerana bentuk aktif vitamin D3 diperlukan untuk mengoptimumkan penyerapan kalsium dan membebaskan kalsium daripada tulang supaya aras kalsium dalam plasma dapat dijaga dalam had normal.
Kekurangan Vitamin D3 menyebabkan aras kalsium darah rendah dan pemineralan tulang yang tidak normal.
Selain daripada cahaya matahari sumber vitamin D3 juga boleh diperolehi daripada telur,susu,mentega,keju,kuning telur dan hati.

Tiada ulasan: