Vitamin A(retinol) memainkan peranan penting untuk pertumbuhan dan perbezaan sel,penglihatan dan juga untuk menjaga fungsi keimunan.
Vitamin A di kaitkan dengan potensi kesan antikarsinogen.Mengikut Mettlin(1983), banyak bukti daripada kajian epidemiologi menunjukkan bahawa individu dan populasi yang pengambilan sumber karotenanya tinggi dan mempunyai nilai karotena plasma yang tinggi mempunyai risiko yang rendah terhadap kanser.
Aktiviti Vitamin A pada diet manusia boleh diperolehi samada daripada sebatian Provitamin A Atau prabentuk Vitamin A.
Prabentuk Vitamin A, seperti retinol, hanya boleh di dapati dalam produk hasil tenusu,termasuk susu,keju,mentega dan aiskrim.
Sumber diet yang paling baik bagi prabentuk vitamin A ialah hati,telur,dan ikan seperti sardin,tuna dan ikan kembung.
Manakala bentuk provitamin seperi karotena,banyak diperoleh daripada sayur berwarna kuning dan hijau.Contohnya,lobak,labu,sawi,kailan dan buah-buahan.
Mengikut Souci et al.,(1986/87),coklat susu boleh membekalkan sebanyak 11 peratus vitamin A.
Beta karotena,iaitu satu daripada bentuk karotena mempunyai aktiviti provitamin tinggi.
Oleh itu, beta karotena juga digunakan sebagai pewarna makanan(Olson1985)
Pengambilan karotena pada jangka panjang boleh menyebabkan kulit berwarna kuning,iaitu keadaan yang di kenal sebagai karotenemia.
Keadaan ini boleh di kaitkan dengan keracunan.
Pengambilan tinggi dalam bentuk prabentuk Vitamin A boleh menyebabkan hipervitaminosis yang memberi gejala sakit kepala yang teruk,sakit tulang,kulit kering,fisur di bibir,alopesia, gangguan fungsi hati dan hiperkalsemia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan