8 warna untuk panduan dalam menyusun pola pemakanan.
1 Merah Terang
Tomato dan tembikai antara jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai warna ini.Warna merah menandakan makanan ini mengandungi likopen iaitu zat yang berperanan untuk memelihara kesihatan sel serta mampu mengurangkan risiko kanser.Sebagai contoh, tomato mengandungi likopen dan vitamin C iaitu antioksidan yang meminimumkan risiko kanser(terutama kanser pankreas) serta mencegah radang usus.Selain itu,tomato mencegah penyakit jantung dan memelihara tekanan darah.Bukan itu sahaja,vitamin lain seperti A dan C juga mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga gusi dan meningkatkan imunisasi tubuh.
2 Merah Gelap
Buah sitrus seperti limau gedang merah dengan isi buah berwarna merah ini mengandungi antioksidan yang berfungsi mempertahankan kesihatan, memperbaiki fungsi memori, melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligamen daripada sebarang kerosakan.Selain itu, pigmen merah dalam buah ini mengurangi risiko kanser dengan cara mencegah kerosakan jaringan.Buah ini juga dikatakan boleh memperbaiki fungsi saluran kencing.Antara buah lain yang berwarna merah dan boleh membantu adalah buah kranberi,raspberi,ceri,kacang merah dan buah delima.
3 Jingga Terang
Lobak merah dan mangga antara makanan di dalam kelompok ini.Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna jingga menandakan kaya dengan kandungan alfa dan beta kerotenoid di dalamnya yang mengandungi komponen antikanser dan antioksidan.Makanan ini juga boleh membantu memperbaiki daya penglihatan dan kesihatan jantung.Cuba ambil paling tidak dua hingga tiga biji makanan berwarna jingga setiap hari dan jauhi jus buah-buahan yang kaya kalori.
4 Kuning Terang.
Makanan yang berwarna kuning diketahui mengandungi vitamin C yang baik untuk melindungi sel tubuh.Limau dan betik mengandugi banyak vitamin C dan beta cryptoxanthin, iaitu salah satu komponen kerotenoid.Dengan kandungan vitaminb C dan kerotenoid di dalam buah betik, ia dapat mempertahankan tekanan darah kamu dalam keadaan normal.Sayuran dan buahan berwarna kuning banyak mengandungi fitokimia karotenoid dan lavonoid (vitamin dan mineral dalam makanan yang berfungsi mengurangi kesan kerengsaaan pada kulit kulit) yang mempunyai komponen antikanser dan antioksidan.Terdapat sejenis enzim yang membantu menambah kepantasan reaksi di dalam tubuh.Betik juga membantu mencerna daging dan tepung sehingga melancarkan sistem pencernaan kamu, serta membantu memelihara daya tahan tubuh.Makanan berwarna kuning ini juga bertindak dalam memperbaiki daya penglihatan dan memelihara kesihatan jantung.Cuba ambil 3 sajian makanan begini setiap hari.
5 Hijau Gelap
Warna hijau pada sayuran menandakan kandungan sulforaphane,isothiocyanate dan indoles yang menurut Heber, ia dapat merangsang hati untuk membuat komponen yang dapat memecah unsur kimia penyebab kanser.Klorofil yang terkandung di dalam tanaman hijau mempunyai komponen antikanser dan komponen yang berfungsi untuk proses ditokfikasi tubuh.Buah dan sayuran hijau kaya dengan zat lutein, yang kaya dengan antioksidan didalamnya.Selain itu, sayuran hijau kaya kerotenoid, vitamin serta mineral yang berfungsi meredakan peradangan secara semulajadi.Sayuran seperti brokoli dapat meningkatkan imunisasi serta pembentukan sel dalam tubuh melalui kandungan asid foliknya yang sememangnya bermanfaat melawan kanser terutamanya kanser payudara.Brokoli juga kaya dengan chromium yang boleh membantu mengatur insulin dan gula dalam darah selain mencegah penyakit jantung.Selain itu,banyak makanan hijau yang mengandungi kalsium yang membantu membentuk tulang dan gigi yang kuat, mencegah osteoporosis serta mampu memperbaiki daya penglihatan.Ambil sekurang-kurangnya satu sajian sayuran seperti brokoli,kobis,sawi,bayam,kobis Brussels dan sebagainya setiap hari.
6 Putih Kehijauan
Makanan berwarna putih banyak mengandngi flavonoid yang dapat melindungi membran sel. contoh makanan berwarna ini adalah seperti bawang putih, bawang bombay,seleri dan buah pir.kandungan alecin dan aluminium di dalam bawang putih dipercayai dapat membunuh parasit ,bakteria dan virus.mengambil bawang putih secara teratur dapat menghalang arteri daripda tersumbat, meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta mengawal tekanan darah.selain itu,ia dapat menurunkan kadar kolestrol,mengandungi zat anti kanser serta dapat membantu menyembuhkan radang otak,sakit pada sendi serta menambah tenaga.
7.Biru Gelap
Makanan dengan warna ini mengandungi anthocyanin dan fenolatia iaitu dua jenis fitokimia kuat yang dikatakan bermanfaat sebagai anti penuaan.Buah dan sayuran berwarna biru gelap kaya dengan antioksidan. Makanan berwarna biru boleh melindungi pembuluh darah,tulang rawan,tendon serta ligamen daripada sebarang kerosakan.Selain itu,makanan ini juga boleh mengurangi risiko kanser dengan mencegah kerosakan jaringan. Makanan ini juga boleh memperbaiki fungsi memori dan kesihatan saluran kencing.Buah seperti bei biru dan anggur adalah contoh makanan dalam kategori ini.
8.Ungu Gelap
Makanan berwarna nila dan ungu mengandungi antioksidan.Makanan berwarna biru gelap dan nila mengurangi stress oksidatif iaitu salah satu penyebab utama penuaan.Selain itu,makanan ini juga kaya resvaratol yang diyakini dapat mengurangi risio penyakit jantung dan kanser.Makanan seperti terung dan buah plum amat disarankan oleh Braverman.
Pigmen warna didalam buah-buahan dan sayuran dikenali sebagai karotenoid,sebatian berwarna-warni yang wujud secara semula jadi dan ada banyak pada tumbuh-tumbuhan.Karetenoid bertindak membantu fotosintesis-menukar cahaya matahari menjadi tenaga dan bertindak sebagai antioksidan untuk melindunginya daripada kesan foto oksidan yang membinasakan.Haiwan juga menggunakan karotenoid untuk perwarnaan terutamanya burung (bulu merah dan kuning) dan ikan (ikan emas dan salmon). Justeru ayuh kita amalkan makanan berwarna mulai hari ini.
Jumaat, 8 Ogos 2014
Isnin, 4 Ogos 2014
Selasa, 15 Julai 2014
Facial treatment di Bayu Astiqa Spa Jerantut
HANYA RM65
![]() |
WAJAH SEBELUM RAWATAN |
![]() |
WAJAH SELEPAS RAWATAN |
Apakah kelebihan facial treatment whitening di Bayu Astiqa Spa.Rawatan whitening yang kami lakukan adalah dengan cara merawat kotoran yang melekat pada kulit yang menyebabkan liang pori tersumbat.Liang pori yang tersumbat akibat penggunaan alat solek yang kerap dan juga udara yang tercemar akibat asap kenderaan boleh menyebabkan kulit muka kusam dan tidak bermaya.Jadi dalam rawatan ini,kami akan menggunakan mesin yang boleh menyedut keluar sisa kotoran pada kulit.Hasilnya kulit akan nampak bersih.Kami akan menggunakan produk yang berasaskan tumbuh-tumbuhan agar kulit tidak mengalami chemical sunburn.Hasil selepas rawatan kulit pelanggan akan lebih cerah,lembab,lembut serta tekstur kulit semakin halus.Untuk mencuba,sila kunjungi kami dan like page kami untuk dapat lebih diskaun menarik,hanya di Bayu Astiqa Spa.
Ahad, 13 Julai 2014
Rabu, 2 Julai 2014
PROMOSI FACIAL DI BAYU ASTIQA SPA JERANTUT
PROMOSI RAYA DAPATKAN SEGERA!!!!!!
DI Bayu Astiqa Spa
JULAI INI....2014
VITAMIN C TREATMENT RM 60
-Mencerahkan kulit.
-Melembutkan kulit.
-Menegangkan kulit.
-Memudarkan parut.
-Memudarkan jeragat.
-Menyihatkan kulit.
DETOX FACIAL TREATMENT RM70
-Mengeluarkan toksin dari dalam kulit wajah.
-Terapi kulit.
-Merawat Surn burn atau chemical surn burn.
-Merawat jerawat.
-Melicinkan kulit.
-Mengatasi masalah kulit kusam.
-Merawat masalah kulit akibat penggunaan bahan kimia.
kunjungi kami di:Bayu Astiqa Spa.
atau hubungi talian:09-2661862/013-9097500/012-9662898.

Ahad, 8 Jun 2014
JOM KURUS!!!! Program slimming di Jerantut,Pahang.
JOM KURUS BERSAMA SAYA
![]() |
Tambah kapsyen |
Untuk mendapatkan berat badan yang ideal,pengetahuan tentang maklumat pemakanan dan gaya pemakanan yang di ambil setiap hari adalah penting.Ini bagi memastikan jumlah kalori yang diambil cukup bagi keperluan tubuh,dan bukan di ambil secara berlebihan atau terlalu kurang.
Selain itu anda juga perlu mengamalkan senaman secara konsisten,bagi memastikan pembakaran kalori dapat dilakukan secara konsisten dan seterusnya dapat mengurangkan jumlah berat badan anda.
Dalam program ini,pihak kami akan memberi bimbingan dari segi pemakanan,bersenam bersama anda seperti di gimnasium,kardio ke bukit,latihan aerobik,rawatan tambahan seperti terapi untuk mengecilkan bahagian-bahagian lemak yang degil seperti di punggung,lengan,perut dan betis.Selain itu,para peserta program akan di ajar bagaimana untuk membaca label dalam pemakanan di pasaran.Perkara ini bagi membantu peserta dan keluarga dapat memahami ilmu pemakanan yang baik untuk kesihatan dan keseimbangan berat badan sepanjang hidup mereka.
Kelebihan program ini juga para peserta akan di ajar cara pengurusan stress melalui latihan meditasi.
Tekanan ditempat kerja atau dalam perhubungan, membuatkan sistem hormon dalam badan manusia tidak menentu dan boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan serta boleh mengundang pelbagai penyakit.Maka dari itu,pihak kami menganjurkan pelbagai latihan yoga & meditasi untuk membantu para peserta dapat menenangkan fikiran,disamping dapat memiliki bentuk tubuh yang menarik kesan daripada latihan yoga tersebut.
Mengapa anda perlu menyertai program ini?
1)Dapat memiliki berat badan yang ideal dan kulit yang sihat.
Latihan senaman dan pengurusan diet yang seimbang untuk keperluan tubuh membantu anda dapat memiliki berat badan yang ideal serta kulit yang cantik.Setiap dari anda memerlukan jumlah pemakanan yang berbeza mengikut jantina,berat,tinggi dan umur.
Melalui program ini,pihak kami mengatur pemakanan anda agar cukup dengan keperluan tubuh dan mengikut jenis darah.Keperluan dalam gizi tambahan mengikut jenis penyakit juga akan disusun, agar para peserta dapat mengawal penyakit yang sedia ada dari bertambah teruk dan membantu untuk lebih sihat melalui pemakanan dan cara hidup yang sihat.
2)Dapat mempelajari pelbagai teknik senaman.
Pelbagai latihan senaman untuk membakar kalori disusun untuk peserta yang obesiti agar proses penurunan berat badan menjadi lebik seronok tanpa tekanaan.Kegiatan secara berkumpulan,ersenam bersama di gimnasium,aktiviti luar seperti berjalan kaki di bukit,naik turun tangga di kawasan yang disediakan.Anda akan dilatih secara berterusan sehinggalah boleh bersenam sendiri dan memberi tunjuk ajar pada ahli keluarga lainya.
Anda juga dapat menikmati terapi untuk membakar lemak di pusat kecantikan kami Bayu Astiqa Spa.
Terapi yang disediakan termasuklah urutan badan,bersauna,bertungku,berbengkung untuk membantu proses penurunan berat badan yang cantik dan mantap tanpa menggelembir dan lembik akibat kehilangan lemak.
Terapi spa yang disediakan akan membuatkan para peserta akan berasa tenang dan lebih gembira kerana penyusunan program yang padat dan menggembirakan.
4)Jadual yang fleksibel.
Jadual peserta program disusun mengikut kerjaya mereka,agar tidak mengganggu aktiviti kerja.Contohnya jika mereka seorang guru,jadual senaman atau rawatan terapi akan dilakukan di luar waktu kerja mereka.
Jadi para peserta tidak perlu mengorbankan masa kerja sambil dapat menurunkan berat badan mereka.
5)Tanpa supplemen atauTanpa rawatan pembedahan.
Untuk kurus anda tidak perlu makan supplemen untuk kurus atau menjalani rawatan penyedutan lemak seperti liposuction.Kaedah rawatan sepertio ini,bukan sahaja menyakitkan tetapi juga boleh mengundang maut.Pil-pil kurus yang menyekat selera makan anda juga boleh menjejaskan sistem didalam badan dan boleh menyebabkan penyakit berbahaya untuk jangka masa panjang.
Oleh itu,kesedaran untuk membuka mata masyarakat tentang keseimbangan berat badan ini boleh dicapai hanya dengan pemakanan dan senaman yang seimbang membuatkan kami terpanggil untuk melakukan program ini.
6)Hidup lebih gembira dan bermakna.
Ketika anda menjalani programm ini,anda akan dapat merasakan hidup anda akan menjadi lebih bermakna.Jika sebelum ini hidup anda selalu negatif dan di bendung dengan pelbagai masalah, melalui aktiviti ini anda akan lebih ceria dan positif dengan aktiviti yang menceriakan hari anda.Disamping program pengurusan stress yang di aturkan.
Bagaimana untuk menyertai program ini?
Untuk menyertai program ini,sila hubungi kami di talian 09-2661862/013-9097500 atau singgah ke fb saya Hasmida Haswan.atau juga boleh like page Bayu Astiqa Spa.
Terima kasih.
Selamat datang keBayu Astiqa Spa,Jerantut.
Selasa, 18 Mac 2014
VITAMIN C
Vitamin C diperlukan untuk menghasil dan menjaga kolagen iaitu bahan protein yang terikat dalam tisu seperti tisu rawan,tulang,gigi dan kulit.
Sumber Vitamin C adalah seperti;betik,nanas,jambu,tomato dan limau.
Kekuranganya boleh menyebabkan skurvi,gusi berdarah,luka lambat sembuh,anemia dan juga penjangkitan.
Sumber Vitamin C adalah seperti;betik,nanas,jambu,tomato dan limau.
Kekuranganya boleh menyebabkan skurvi,gusi berdarah,luka lambat sembuh,anemia dan juga penjangkitan.
VITAMIN K
Vitamin K diperlukan untuk pembekuan darah.Kini Vitamin K dikenal sebagai sekumpulan sebatian kuinon.Ada beberapa bentuk vitamin K.
Vitamin K1(filokuinon) didapati dalam makanan daripada tumbuhan seperti,bayam,brokoli,sawi dan kangkung.Hati juga merupakan sumber yang baik untuk vitamin K.
Vitamin K2(menakuinon) disentesis oleh bakteria di usus.Sintesis vitamin K mungkin dihalang dengan pengambilan antibiotik.
Vitamin K3 atau dikenal sebagai menadion ialah vitamin K bentuk sintetik.
Oleh sebab vitamin K adalah larut lemak,maka keadaan yang meanggangu penyerapan lemak akan mengganggu penyerapanya.

VITAMIN E
Vitamin E dikatakan sebagai antioksida yang boleh merencat atau menghalang proses penuaan.Selain itu,ia juga memainkan fungsi penting dalam sistem pembiakan ,darah,otot dan saraf.
Antara sumber vitamin E ialah:Minyak sayuran,minyak kelapa sawit,kekacang,lemak dan marjerin.
Antara sumber vitamin E ialah:Minyak sayuran,minyak kelapa sawit,kekacang,lemak dan marjerin.
VITAMIN D
Vitamin D2 diperolehi daripada tumbuhan manakal Vitamin D3 dibentuk melalui sinaran matahari terhadap kulit.
Cahaya matahari menjadi faktor penting kerana bentuk aktif vitamin D3 diperlukan untuk mengoptimumkan penyerapan kalsium dan membebaskan kalsium daripada tulang supaya aras kalsium dalam plasma dapat dijaga dalam had normal.
Kekurangan Vitamin D3 menyebabkan aras kalsium darah rendah dan pemineralan tulang yang tidak normal.
Selain daripada cahaya matahari sumber vitamin D3 juga boleh diperolehi daripada telur,susu,mentega,keju,kuning telur dan hati.

VITAMIN A
Vitamin A(retinol) memainkan peranan penting untuk pertumbuhan dan perbezaan sel,penglihatan dan juga untuk menjaga fungsi keimunan.
Vitamin A di kaitkan dengan potensi kesan antikarsinogen.Mengikut Mettlin(1983), banyak bukti daripada kajian epidemiologi menunjukkan bahawa individu dan populasi yang pengambilan sumber karotenanya tinggi dan mempunyai nilai karotena plasma yang tinggi mempunyai risiko yang rendah terhadap kanser.
Aktiviti Vitamin A pada diet manusia boleh diperolehi samada daripada sebatian Provitamin A Atau prabentuk Vitamin A.
Prabentuk Vitamin A, seperti retinol, hanya boleh di dapati dalam produk hasil tenusu,termasuk susu,keju,mentega dan aiskrim.
Sumber diet yang paling baik bagi prabentuk vitamin A ialah hati,telur,dan ikan seperti sardin,tuna dan ikan kembung.
Manakala bentuk provitamin seperi karotena,banyak diperoleh daripada sayur berwarna kuning dan hijau.Contohnya,lobak,labu,sawi,kailan dan buah-buahan.
Mengikut Souci et al.,(1986/87),coklat susu boleh membekalkan sebanyak 11 peratus vitamin A.
Beta karotena,iaitu satu daripada bentuk karotena mempunyai aktiviti provitamin tinggi.
Oleh itu, beta karotena juga digunakan sebagai pewarna makanan(Olson1985)
Pengambilan karotena pada jangka panjang boleh menyebabkan kulit berwarna kuning,iaitu keadaan yang di kenal sebagai karotenemia.
Keadaan ini boleh di kaitkan dengan keracunan.
Pengambilan tinggi dalam bentuk prabentuk Vitamin A boleh menyebabkan hipervitaminosis yang memberi gejala sakit kepala yang teruk,sakit tulang,kulit kering,fisur di bibir,alopesia, gangguan fungsi hati dan hiperkalsemia.

PROTEIN
Protein di perlukan untuk pertumbuhan dan membaiki tisu yang rosak dalam tubuh seperti kulit,otot dan rambut.Protein terbahagi kepada dua iaitu protein lengkap dan protein tidak lengkap.
protein lengkap adalah penting untuk membina dan memperbaiki tisu.Produk haiwan seperti daging,susu dan telur merupakan sumber utama protein yang lengkap.
Protein tidak lengkap pula adalah sayuran seperti kacang dan kekacang.

LEMAK
Lemak dapat membekalkan lebih dua kali ganda nilai kalori berbanding karbohidrat.Lemak juga membina tisu tubuh serta membekalkan vitamin larut lemak seperti vitamin A,D,E dan K.
KARBOHIDRAT
Karbohidrat merupakan sumber utama yang menyumbangkan tenaga kerana ia mudah diserap oleh sistem tubuh manusia.Karbohidrat terdiri daripada gula( seperti gula sirap,glukosa,madu,laktosa),kanji(seperti tepung gandum,kanji,kentang,ubi kayu dan kanji tulen koko),selulosa gam dan bahan pektin.
Karbohidrat menyumbangkan 50-55% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Karbohidrat menyumbangkan 50-55% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia.
KALORI
Kalori adalah istilah yang di gunakan untuk mengukur tenaga yang dihasilkan apabila makanan di urai dan diserap.Keperluan kalori individu bergantung kepada umur,jantina dan banyak mana senaman atau aktiviti yang dilakukan.
Nilai kalori pada makanan pula berbeza bergantung pada kaedah penyimpanan makanan,pengendalian dan juga analisis makanan.
Nilai kalori pada makanan pula berbeza bergantung pada kaedah penyimpanan makanan,pengendalian dan juga analisis makanan.
SUMBER DAN FUNGSI VITAMIN DAN MINERAL
Nutrient
|
Sumber
makanan
|
Fungsi
|
Kalium
Zat besi
Zink
Fluorin
|
Pisang,avocado,jus buah sitrus,tomato dan
epal,daging dan ayam-itik,kentang,brokoli.
Hati,daging organ lain,daging dan ayam-itik,kuning telor,bijiran,bijian penuh atau yang diperkayakan,buah kering,jus prun,sayur berdaun hijau tua.
Makanan laut dan daging,bijiran penuh,kekacang,kuning
telur.
Air,makanan laut.
|
Menolong menjaga tekanan osmosis sel dan
keseimbangan asid-bes.
Menolong dalam memancarkan impuls saraf
dan pengecutan otot.
Bergabung dengan protein untuk membentuk
hemoglobin darah yang membawa oksigen ke sel dan tisu.
Juzuk enzim yang terlibat dalam
pencernaan menolong menyembuhkan luka.
Menolong memulihkan selera,rasa dan bau
jika kehilangan zink berlaku semasa sakit.
Mungkin dapat menolong dalam menjaga
struktur,tulang.
|
VITAMIN LARUT LEMAK
A
D
E
K
VITAMIN LARUT AIR
C
Tiamina(B1)
Riboflavin B2 Niasin Asid folik B12 |
Hati,buah pinggang,sayur berdaun hijau
tua dan kuning,kuning telur,mangga,betik dan lemak susu.
Minyak ikan,lemak susu,hati,cahaya
matahari.
Minyak sayur,germa gandum,lemak
susu,kuning telur,mentega.
Sayur berdaun hijau,kuning
telur,hati,sintesis bakteria.
Buah dan jus sitrus,brokoli,kobis,tomato,jambu batu dan betik. Daging,hati,kekacang,bijirin roti yang diperkaya. Susu dan keju,telur,daging,organ,bijirin dan roti yang diperkaya,bijian penuh.
Ikan,hati,ayam,bijirin,telur,kacang
Susu,kekacang.
Sayur-sayuran berdaun hijau,hati,telur dan daging. Hati,ginjal dan daging,susu dan hasil tenusu,telur. |
Perlu dalam pembentukan rodopsin yang
menolong mata untuk melihat dalam keadaan malap.
Menolong memelihara kesihatan sel
epitelia.
Menolong menjaga kekukuhan membran mukosa
dan kerintangan terhadap jangkitan.
Meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus.
Bertindak sebagai antioksida menjaga
kestabilan dan kekuatan membran sel.
Diperlukan untuk sintesis protrombin bagi pembekuan darah yang normal. Perlu dalam pembentukan kolagen dan memperkuatkan dinding dan pembuluh darah.
Meningkatkan penyerapan zat besi dan
kalsium.
Menolong melawan jangkitan dan membantu
dalam memulihkan luka.
Menolong dalam penggunaan karbohidrat sebagai sumber tenaga.
Memainkan peranan dalam fungsi dalam sistem saraf.
Menggalakkan selera dan pencernaan normal.
Menolong dalam metabolisme protein,lemak dan karbohidrat.
Membantu untuk kesihatan kulit terutama disekeliling mulut,hidung dan mata.
Membantu dalam mengeluarkan tenaga.
Menjaga kesihatan sistem saraf,kulit dan sistem pencernaan.
Meransang regenerasi sel darah merah dan hemoglobin.
Memainkan peranan dalam sintesis protein.
perlu untuk pembentukan sel darah merah. Membantu dalam sintesis protein. |
Sabtu, 15 Mac 2014
KESAN MAKAN CEPAT
Kajian di Jepun membuktikan individu yang gemar makan dengan kadar yang cepat boleh mengalami kesan tindak balas glukosa yang turut dikenali sebagai pra-diabetis.
Kemudian, ia juga boleh juga bertukar kepada diabetes tahap dua.
Oleh itu, makanlah perlahan-lahan dan anda disaran untuk mengunyah 20 kali sebelum menelan.
Tak perlu tergesa-gesa tau.
Kemudian, ia juga boleh juga bertukar kepada diabetes tahap dua.
Oleh itu, makanlah perlahan-lahan dan anda disaran untuk mengunyah 20 kali sebelum menelan.
Tak perlu tergesa-gesa tau.
Khamis, 13 Mac 2014
Punca berlaku lingkaran gelap di bawah mata dan tips mengatasinya.
Terdapat beberpa punca terjadinya lingkaran gelap di bawah mata,atau lebih di kenali sebagai eye bag.
Mari kita semak apakah punca terjadinya lingkaran gelap tersebut dan tips-tips untuk mengatasinya.
Ada di antara kita yang memiliki kulit yang agak nipis di sekitar mata.Keadaan ini membuatkan bayang bayang hitam di bawah mata lebih jelas kelihatan.
Bagi mereka yang memiliki keadaan seperti ini,elakkan daripada tidur lambat,menggunakan komputer terlalu lama,membaca buku dalam keadaan yang kurang cahaya dan sebagainya.
2. Alergi.
Akibat mata yang gatal kerana alergi,orang akan cenderung menggosokkan mata,sehingga membuatkan darah memenuhi pembuluh darah di sekitar mata dan membuatkanya tampak hitam.Beberapa makanan alergi juga akan menyebabkan lingkaran hitam ini.Jadi di nasihatkan pencegahan terhadap makanan alergi dan tidak membiasakan diri dengan selalu menggosok mata.
3. Keletihan.
Kurang tidur atau keletihan dengan bekerja lebih masa atau menghadap komputer terlalu lama,akan menyebabkan mata bekerja dengan lebih dan mengakibatkan darah di sekitar mata akan lebih aktif dan seterusnya membuatkan darah pada pembuluh darah di sekitar mata akan lebih berkumpul dengan lebih banyak,dan hasilnya akan kelihatan seperti bayang-bayang hitam.Jadi cuba elak keadaan ini ye.
4. Usia.
Pertambahan usia akan menyebabkan kolagen kulit akan semakin berkurangan dan kulit semakin mengendur.
Untuk mendapatkan kulit yang lebih tegang boleh dapatkan perawatan perawatan yang banyak di sediakan atau perbanyakkan makanan-makanan yang berkhasiat.
5. Anemia.
Kekurangan zat besi merupakan perkara paling umum dari penghidap anemia.Anemia juga boleh menyebabkan bayang-bayang hitam di sekitar mata.Muka lebih pucat kerana kekurangan zat besi dan menyebabkan lingkaran di bawah mata lebih menonjol.
Makanlah lebih sumber zat besi atau makanan yang boleh menambahkan darah untuk mengatasi masalah ini.
Justeru untuk mengelakkan mata lebam korang lebih serius ikuti beberapa tips dari saya ya.
1.Banyakkan minum air kosong.
Minum air kosong boleh membuatkan badan dan wajah korang lebih segar,apatah lagi bagi yang aktif bersukan.
2.Makanan berkhasiat.
Makanlah makanan yang boleh menambah darah seperti bayam,kekacang,hati.Bagi yang kekurangan zat besi makanlah makanan seperti jagung,telor,kismis,yoghurt,ikan,roti gandum,kacang tanah,buah aprikot iaitu makanan yang kaya kandungan zat besinya.
3.Gunakan timun atau tomato.
Gunakan hirisan timun atau tomato pada mata untuk mengembalikan kesegaran pada mata.Sebelum tidur boleh buat ya.
4.Krim mata.
Korang juga boleh gunakan krim mata khas untuk lingkaran mataContohnya seperti Timewise Firming Eye Cream.Nak tahu lebih lanjut hubungi saya ya.
5.Rawatan mata.
Boleh berkunjung ke pusat kecantikan yang menyediakan rawatan untuk Eye treatment.Biasanya rawatan ini mampu memulihkan kesegaran mata dan sekaligus mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata.
Jum cuba Di Bayu Astiqa Spa ya.
Mari kita semak apakah punca terjadinya lingkaran gelap tersebut dan tips-tips untuk mengatasinya.
- Keturunan.

Isnin, 17 Februari 2014
Tips perut ramping paling berkesan
Nak makan apa ye bagi perut ni ramping?
Soalan popular ketika ini kan?
Soalan popular ketika ini kan?
Ha...ada tips untuk anda.
pertama:
Makan buah tomato setiap hari,bukan sahaja menjadikan kulit anda cantik,malah boleh mengempiskan perut dengan cepat.
Dalam masa seminggu perut anda akan nampak banyak perubahan,lebih kempis tau.
Lihat gambar tomato tu,pilih yang warna macam tu lebih sedap di makan,sebab tak terlalu lembik.
Kedua:
Banyakkan makan oat,kurangkan nasi.
ketiga:
Pastikan apa yang anda makan adalah makanan yang sebersih bersihnya.Maksudnya kurangkan makanan yang tidat berzat serta berlemak.
Cuba tau,pasti teruja dengan hasilnya.

Khamis, 13 Februari 2014
Wow hebatnya Kebaikan rendaman kaki.
Kenapa perlu buat rendaman kaki?Perlu ke?
Baca ni ye, saya kongsikan sedikit info untuk perkongsian bersama.
Tahukah korang semua, bahawa satu per empat bahagian pada tubuh manusia adalah pada sebahagian kaki.Kaki merupakan asas serta sokongan yang utama terhadap kestabilan badan.
Sekiranya korang mengalami kesakitan pada pergelangan kaki,lutut,belakang atau bahu atau juga kadangkala ketegangan, ia mungkin di sebabkan keadaan kaki yang tidak selesa atau tidak sihat.
Why??Why?
Sebabnya yang utama adalah, fenomena hari ini yang lebih mementingkan rekaan kasut yang lebih kepada nilai komersial tanpa mengira keselesaan pada kaki.Kasut tumit tinggi sebenarnya tidak mempunyai sokongan'orthotic' untuk satu jangka masa yang lama akan menyebabkan melecet, tumit pecah, kulit kaki menebal dan sebagainya.
Jadi,
Banyakkanlah kasut yang bertumit rendah dan selesa di pakai.Walaubagaimanapun, jika teringin nak pakai kasut yang bertumit tinggi, terutamanya ketika majlis majlis tertentu, korang di galakkan cepat-cepat mencari tempat duduk, agar tidak perlu berdiri terlalu lama ok.
Banyak lebar bercerita, sebenarnya inilah baru alasanya kenapa perlu lakukan rendaman kaki,hehe.
Selalu perasan tak??
Terutamanya di kalangan wanita.
"Sindrom Sejuk Badan"
Siang hari pun berselimut.Atau pun tidak tahan duduk di dalam kawasan yang berhawa dingin.Fenomenanya sejuk kaki atau sejuk dari bahagian pinggang ke bawah.
Secara umumnya,suhu badan kita adalah separuh daripada bahagian atas badan kita adalah lebih hangat daripada separuh bahagian bawah.Di bahagian tengah pula sekitar jantung ialah pada suhu 37'C (98.6'F).
Keadaan terbaik bagi badan seseorang manusia ialah apabila kepala sejuk dan kaki panas.
Oleh itu, rendaman kaki adalah penting untuk memastikan kepanasan tersebut.Ini menjadikan darah yang tersumbat di bahagian tumit kaki yang di sebabkan "Sindrom Sejuk Badan" akan beredar semula.
Ia akan meningkatkan peredaran darah melalui organ organ dan akan memperbaiki fungsi mereka serta membantu mengeluarkan toksin dari dalam badan korang tu.
Jadi itulah pentingnya mengapa kita harus melakukan rawatan rendaman kaki.Lakukan sendiri di rumah pun boleh.
Atau pun kalau rasa malas boleh la melabur kan duit korang tu ke pusat rawatan spa berhampiran.
Selasa, 11 Februari 2014
CARA MELAKUKAN RAWATAN KAKI
1. Masukkan 1 paket herba ke dalam 15-20 liter air panas 40'C-42'C(lebih kurang 104'F ke 108'F-air suam) dan letak didalam bekas rendaman yang tahan panas.
2.Selepas di kacau dan telah sebati, masukkan kaki anda.Untuk memastikan kepanasan berterusan tambahkan air panas dan minyak aroma.
3.Pada umumnya kita hanya perlu merendam selama antara 20-30 minit sahaja.Kaki anda akan bertukar kepada jingga atau merah disebabkan peningkatan suhu pada seluruh tubuh.Anda boleh berhenti apabila peluh mulai keluar daripada setiap ketiak dan dahi.
4.Selesai rendaman,keringkan kaki dan pakai stokin untuk memastikan kepanasan tersebut tidak hilang.Anda juga boleh mengurut-urut kaki untuk kesan tambahan.
Tips Penjagaan Kaki

- Basuh kaki korang sentiasa, terutamanya dibahagian jari-jari kaki.Pastikan ia dikeringkan dengan sempurna.
- Gunakan sabun yang lembut atau mempunyai pelembab, atau sapukan pelembab setelah kaki dikeringkan.
- Potong kuku kaki dengan sempurna, tetapi jangan terlalu pendek ye,dan jangan potong bahagian sudut kuku kerana boleh menghalang pertumbuhan kuku kaki korang tu.
- Pastikan pengaliran darah pada bahagian kaki sempurna.Angkat kaki ke atas serta luruskan kaki apabila perlu duduk lama.Berjalan lah sekali sekala untuk melancarkan aliran darah.
- Akhir sekali pilih kasut yang sesuai.
Mari kita tengok tips tipsnya di Bagaimana memilih kasut yang sesuai untuk kaki.
Bagaimana memilih kasut yang sesuai untuk kaki.
Apabila korang berhasrat untuk membeli kasut,pastikan korang mengikut garis panduan berikut eh untuk mengelakkan tekanan pada kaki.
- Masa paling sesuai dan terbaik untuk membeli kasut adalah pada waktu tengah hari, kerana waktu ni kaki korang tengah mengembang.
- Nak tau tak?Sebelah kaki kita adalah lebih besar.Jadi, belilah kasut yang selesa untuk kaki yang lebih besar.
- Bahagian depan kasut juga mestilah selesa dan pastikan hujung jari korang dapat di gerakkan.
- Satu lagi, korang jangan selalu fikir dan berharap kasut tu akan mengembang.Jangan beli kasut yang terlalu ketat.
- Pastikan tumit kaki kasut selesa, dan elakkan tekanan pada kaki,kerana tekanan yang berlebihan pada tumit kaki boleh menyebabkan tumit kaki korang akan mengeras dan pecah.
- Puratanya, seorang manusia akan berjalan bersamaan empat kali pusingan dunia seumur hidupnya.Wah mesti terkejut.Tapi inilah kenyataanya.
- Kaki manusia juga secara biologinya terdiri daripada 26 tulang, 33 sendi, serta lebih daripada 100 urat, otot, dan ligamen.
- Anggota yang paling kerap di abaikan pada tubuh kita adalah bahagian kaki.
- 90% manusia menggunakan kasut yang tidak bersesuain dengan bentuk,saiz serta keadaan kaki.Ia boleh menimbulkan masalah serius kepada kaki.
- Periksa kaki korang ye setiap hari terutamanya selepas mandi.
- Lapor segera kepada doktor sekiranya terdapat tanda tanda seperti rekahan pada kulit,luka,calar,melepuh,kudis,bisul,bengkak,perubahan warna,sakit atau kebas yang berpanjangan.
- Cuci kaki korang setiap hari dengan sabun dan air suam.Jangan guna air panas tau,melepuh pulak kaki tu nanti.
- Seterusnya, lap dan keringkan kaki terutamanya di celah celah jari.Guna tuala yang lembut untuk lap dan jangan gosok.Lap lembut lembut je.
- Pastikan kulit kaki sentiasa lembab dengan menggunakan krim atau losyen terutamanya pada bahagian tumit kaki.Elakkan sapu losyen di celah celah jari.
- Penting nih..Jika kulit kaki korang tercedera atau luka, bersihkan dengan sabun dan air.Jika luka lambah sembuh dan ada tanda- tanda jangkitan kuman seperti bengkak,sakit,panas pada sentuhan, sila jumpa doktor dengan kadar yang segera ye.
Potong kuku korang secara lurus pada jari kaki,elak potong secara membulat untuk mengelakkan isi tumbuh di tepi kuku.Pastikan pengetip kuku bersih dan tajam.
Kikirkan kuku korang untuk mengelakkan tepi kuku yang tajam.
Jika kaki korang berpeluh dan lembab, pastikan kering sebelum memakai sarung kaki dan kasut.
Pakai pelapik kasut (insole) untuk mengelakkan tekanan pada jari kaki atau tumit korang.
Dan juga dapatkanlah pemeriksaan doktor setiap kali korang ke hospital andainya terdapat keabnormalan atau kelainan pada bahagian kaki korang tu.
Selasa, 4 Februari 2014
Isnin, 3 Februari 2014
Pernahkah anda terfikir mengapa jerawat lambat sembuh dan berulang-ulang.
Pernah anda terfikir mengapa jerawat anda lambat sembuh dan berulang-ulang.
Jom kita lihat.
1. ALAHAN KEPADA MAKANAN
Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng,pedas,kopi,
coklat dan makanan laut yang boleh memburukkan keadaan kulit
yang berjerawat.
Kuantiti air
yang tidak mencukupi tidak dapat membuatkan badan
untuk mengalirkan toksin.
Oleh yang demikian,toksin dalam badan akan kekal lama dan menyebabkan
jerawat bertambah teruk.
Dinasihati supaya makan lebih banyak buah-buahan segar,sayuran dan
minum air yang mencukupi supaya mempercepatkan aliran toxin dari badan.
2.TIDUR.
Pemulihan sel-sel dalam sistem badan tidak berfungsi dengan baik kerana kurangnya
tidur. Anda harus tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.Jam 12 mlm-3 pagi
merupakan masa sistem badan sedang menjalankan tugas.
3. SEMBELIT
Sembelit membuatkan toksin kekal lebih lama di dalam badan menyebabkan
peredaran darah tidak lancar. Toksin yang berlebihan akan tersekat dan akan
dikeluarkan naik pergi melalui kulit wajah.Timbulnya jerawat dan lambat
untuk sembuh selagi masalah sembelit ini tidak diselesaikan.
4. PEMILIHAN PRODUK YANG SALAH.
Pemilihan produk yang kuat bahan didalamnya membuatkan masalah jerawat
akan jadi lebih teruk. Selain itu sering bertukar memakai produk juga menjadi
punca jerawat tidak dapat dirawat dengan baik.
5. BAKTERIA.
Menyentuh dan memicit jerawat mengundang masalah lebih besar.Jerawat
akan lebih banyak membiak kerana jangkitan bakteria pada jari..Selain itu parut hitam juga akan terjadi jika sering menyentuh jerawat
dengan jari.

6. HORMON TIDAK SEIMBANG.
Masalah hormon yang tidak seimbang menyebabkan punca jerawat tumbuh
dengan lebih banyak dan lambat untuk sembuh. Ini kerana Kelenjar sebaceous
mengeluarkan banyak sebum sehingga liang roma tersumbat . Dan terus dikeluarkan
sehingga jerawat bertambah banyak dan menjadi bengkak dan merebak.
7.PENJAGAAN MUKA YANG TIDAK BERTERUSAN.
Tidak berdisplin untuk menjaga asas kebersihan kulit muka seperti memakai cleanser,
toner,moisturiser,mask dan sun protector.
Muka juga sering terdedah dengan udara yang kotor dan cahaya matahari tanpa perlindungan,seperti asap kereta.
8.HATI BERTOKSIN.
Hati yang bertoksin penyebab jerawat tidak pernah sembuh. Perlu ambil ubat dalaman
untuk membersihkan hati. Jerawat berpunca juga dari dalam badan kita.
Darah yang kotor adalah salah satu puncanya. Sebab itulah ramai yang kini
sedar betapa pentingnya mendermakan darah dan berbekam.
9.KUNJUNGAN KE SALUN SECARA BERKALA
Tidak cukup dengan memakai produk,wajah yang berjerawat juga perlu merujuk
kepada pakar kulit.
Melakukan facial Treatment @ rawatan muka 2x sebulan supaya jerawat
cepat sembuh.
Anda boleh dapatkan set pemulihan jerawat dan parut, untuk mengatasi masalah
jerawat.Namun,langkah-langkah pencegahan juga harus anda ambil untuk mengelakkan jerawat berulang.

Selasa, 7 Januari 2014
TEKNIK KURANGKAN BERAT BADAN TERBAIK
Langkah kurangkan
berat badan.
1)Belajar tentang nutrisi makanan,apa itu
protein,karbo,lemak serta fungsinya.Kawal pemakanan dengan mengambil kira
kalori yang masuk.
2)Tidak mengambil air manis dan berkarbonat.
3)Meninggalkan junk food & process food.
4)Menjadikan makanan yang diambil se``bersih” dan se``sihat”
yang mungkin.
5)Senaman kardio 3-4 kali seminggu.Dalam 20-30 minit.
6)Kerap buat latihan bebanan dirumah atau ke gym.
Tips elakkan perut
buncit:
1)Elakkan pil diet.Kerana pil diet boleh beri kesan kepada
sistem saraf dan juga mungkin pil tersebut di hasilkan dari bahan bahan yang
telah di `ban’ atau secara tidak sah.
2)Elakkan liposuction@sedut lemak boleh menyebabkan
pendarahan dalaman.
3)Menambahkan pengambilan oat kerana oat:
-Rendah lemak.
-Rendah karbohidrat
yang tidak baik.
-Rendah kalori.
-Tinggi nilai
nutrisi.Anda boleh tambah madu atau buah-buahan kedalam oat.
4)Makanan serat atau bijirin penuh:
-Buah-buahan
segar,brokoli,lobak,tomato(boleh hilangkan lemak di perut).Makanan ini tidak
mempunyai kalori yang tinggi,tetapi mempunyai banyak serat fiber,mineral &
vitamin didalamnya.
5)Makan dlm jumlah hidangan yang kecil (4-6) hidangan
berbanding mengambil (1-3) hidangan yang banyak dalam sehari.Dengan berbuat
demikian kadar metabolisma akan meningkat.
6)Senaman 3-4 kali seminggu.50% senaman 50% makanan
diet.Lakukan senaman sambil mendengar muzik untuk lebih focus.
7)Buat latihan & diet harian dan mematuhi pelan
tersebut.
-Tulis target anda.
-Tulis berat badan
ideal anda.
-Tulis tindakan anda.
8)Makan:Pisang, buah anggur,telur putih, kekacang,minyak
zaitun serta 100% serat boleh membantu menyumbangkan ke arah penurunan jumlah
lemak di perut anda.
Jika anda ingin langkah yang lebih mudah, pihak kami ada
menyediakan program mengurangkan berat badan secara sihat secara lebih teratur.
Program ini merangkumi:
-Mengajar tentang nutrisi makanan,dan jumlah kalori yang
perlu di ambil setiap hari.
-Menghantar pesanan setiap hari selama tempoh
rawatan,makanan apakah yang patut di ambil pada setiap hari untuk
mempercepatkan proses pembakaran lemak, dan juga makanan apakah yang sesuai
untuk tidak menambahkan jumlah lemak dalam badan.
-Program latihan senaman bersama kami pada setiap minggu.Kami
akn berikan latihan senaman di gym.
-Bersauna pada setiap minggu.Tahukah anda bersauna dalam
tempoh 15-20 minit mampu mengurangkan sehingga 300-400 kalori.Menarik bukan.
-Urutan untuk memecahkan molekul lemak juga akan di lakukan
untuk anda pada setiap minggu.
-Anda akan diberikan jadual rawatan khas untuk berat badan
anda dalam tempoh rawatan.
Program ini boleh mengurangkan berat badan anda sehingga
4-5kg dlm sebulan.Program ini di lakukan mengikut pakar kesihatan dan diet
Malaysia,Kevin Zahri.Anda juga boleh melihat sendiri program diet kevin zahri disini.
Untuk keterangan lanjut tentang program dan yuran,bolehla
hubungi atau wasap kami Bayu Astiqa Spa di talian:
09-2661862/013-9097500/012-9662898.
Anda juga boleh mesej atau wasap di talian berkenaan tentang
berat badan dan ketinggian anda, untuk mendapatkan berat badan ideal, yuran dan
program yang disediakan.Terima kasih.
Ahad, 5 Januari 2014
Penuaan awal
"Wehhhh..apasal kedut ngat muka ni...takkanla baru 5 hari tahun 2014 dah kedut ni...ai tak boleh jadi ni.."
"Cne ni weh..korang tau tak...???"
"Hang ni kes penuaan awal ni Timah...Dah la tu, hang tak kawen lagi..alamat tak de orang nak la kat hang lepas ni."Jawab member sebelah,siti.
"Ai siti..ko janganla cakap macam tu,cubala ko bagi pandangan sikit nak settle masalah aku ni ha.."Jawab timah.
"Okey-okey cm nila timah..hang pergi facial na??Takpala che belanja hang..Kesian pulak."Balas siti.
"Ea?????betul ni???yezzzz..ok jum..mana nak pegi ni???"Tanya timah.
"Hang ni..mana lagi Bayu Astiqa Spa la...hehehe."Jawab siti.
Ha....Sebenarnya banyak kes seperti di atas terjadi dikalangan masyarakat kita.Penuaan awal.Kecuali bab member belanja tu,hehe...
Apa perkongsian saya sebenarnya adalah bagaimana untuk melambatkan penuaan sebelum usia pada wajah anda.
Antaranya:
1. Kurangkan tekanan dalam pekerjaan dan perhubungan, banyakkan senyum dan sekali sekala pergila berehat bersama keluarga dan orang tersayang.Kalau boleh bangun tidur tu,buka je mata senyum dah.Tapi tengok kiri kananla..kang pelik pulak orang sebelah.hehe..
2. Minum banyak air masak untuk memudahkan proses respirasi dan membuang toksin di dalam badan melalui sistem perkumuhan.
3. Sebenarnya kita wajib menggunakan pelembab pada kulit.Tanpa pelembab wajah akan mudah kusam dan berkedut tak kirala sama ada anda lelaki atau perempuan.So, lepas ni cari pelembab ye.Tapi pastikan sesuai untuk kulit anda.
4. Banyak kan makan makanan yang berkhasiat seperti sayur dan buah buahan.Ini penting untuk membekalkan vitamin pada kulit anda.
5.Facial Treatment.Sebenarnya rawatan wajah adalah amat penting dan ia boleh dikatakan wajib dilakukan sekali dalam sebulan.Jadi kalau boleh peruntukkanla sebahagian dari gaji anda untuk mendapatkan rawatan di salon kecantikan anda,ataupun boleh terus datang ke Bayu Astiqa Spa sendiri.Insyaalah kami akan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anda.
Sekian dulu..Jumpa lagi.

Minyaknya muka saya.
Em..panas juga hari ni kan..Alhamdulillah..bagus juga panas, kalau hujan hari hari alamat banjir lagilah..kesian pada penduduk yang tinggal dikawasan yang agak rendah tu..Tapi..apa yang menjadi masalahnya..Make-up cepat cair ni...Macam mana ea??..muka hari-hari berminyak, time panas ni lagilah berminyak..Wah kena toch-up banyak kali make-up ni..Jerawat mudah tumbuh pulak tu bila muka dah berminyak sangat..aduhai pening macam ni..
hehehe..ramai yang bermasalah seperti ini kan???
Tahukah anda, apakah punca kulit muka berminyak?Mari kita semak apakah antara punca puncanya:
1. Kurang minum air.
2. Banyak makan makanan yang bergoreng.
3. Kurang makan sayur dan buah-buahan.
4. Penggunaan produk muka yang salah.
5. Make-up yang terlalu tebal.
6. Stress.
Senarai di atas adalah antara punca punca kulit muka berminyak.Jum kita semak antara cara penyelesainya:
1. Minumlah air masak sekurang kurangnya 8 gelas sehari,atau kalau nak mudah beli air mineral yang botol besar tu, cuba habiskan dalam sehari,untuk usaha peringkat pertama, tapi lebih baik jika boleh habiskan 2 botol besar tu.
2. Kurangkanlah makanan yang bergoreng.Makanlah dari jenis sup dan makanan yang di rebus.Kena kreatif la lepas ni memasak, supaya makanan yang di rebus boleh jadi sedap.Kena semak resepi ye.
3. Lebihkan sayur dan buah buahan dalam hidangan.Sayur dan buah buahan adalah sumber vitamin yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan kulit yang sihat dan menyembuhkan sebarang masalah kulit dengan cepat.
4. Kurangkan tekanan/stress dalam pekerjaan dan hubungan.
5. Lakukanlah rawatan muka sekurang kurangnya sebulan sekali di butik kecantikan anda.
6. Guna produk dan make-up yang betul dan sesuai dengan jenis kulit anda.

Langgan:
Catatan (Atom)